Followers

INSPIRATIONS

KENING OH KENING~
 Sunday, July 7, 2013

See! How the magic is done! Abracadabra! Haha :D Muke rushing right ftr performing the dhuha prayer. 




Jam menunjukkan tepat jam 5 pagi :D Ok, saya sedar saya terlewat bangun dari kebiasaan, mata saya celik setiap hari 430pagi. Usah ditanyakan persoalan mengapa. Mata saya memang macam tu. hehe 0.o

Saya lekas bangkit. Bergegas ambil wudhu' selesaikan apa yang menjadi kelaziman, kemudian berlari turun ke dapur. Umi dengan senang hatinya sedang menyiapkan berpaket-paket sandwiches. Saya pun menyambung saki-baki kerja yg ada di dapur.

Yang seronoknya hari itu, kebetulan pada waktu sebelum azan subuh, TV9 menyiarkan satu rancangan tazkirah "BISMILLAH". Topik yg disampaikan sangat menarik! Iaitu, NAFSU. hehe asal nafsu je merah. mknanya, bahaya ni uols! *Bagaimana hendak kawal nafsu. Almaklumlah, muda mudi ni, tambah perempuan, nafsu tu banyak! hehe. Saya pun sambil 'bekerja' di dapur, sambil itu telinga ni terhala-hala ke tv nak dengar punya pasal. haha

[Allahu Akbar Allaaaaahu Akbar]
Ohh azan. Ok terpaksa berhenti. Memandangkan pada hari tersebut,(dlm 2-3 hari lps), saya perlu bergegas ke Karangkraf, Shah Alam utk sesi 'photoshoot' bersama majalah Hijabista dan Mingguan Wanita.

Selesai sahaja solat subuh, uruskan hal adik-adik sekolah terlebih dahulu, tepat jam 730 pagi saya keluar rumah menuju ke Karangkraf. Kena lah keluar awal, sejak terasa seperti wanita berkerjaya ni, *ececeeee~haha barulah faham bagaimana ibu dan ayah kita kalau nak pegi bekerja tu. Stuck dalam traffic jam pagi2 itu lumrah. Sebab itulah kena keluar awal.

Tepat jam 930pagi, saya selamat sampai ke Karangkraf. Itupun sebab main cilok-cilok, selit-selit bawa kereta. Saya pun terus masuk ruangan lobi Karangkraf, menuju ke toilet. Eh? kenapa toilet? ni model ke, cleaner..?hehehe

Ambil wudhu' tu bukan apa, sebab pd hari tersebut, Director on set memberitahu photoshoot saya dilewatkan pada jam 12tghri. Dan mnjd kebiasaan, setiap kali modeling session, wudhu' itu diutamakan utk standby solat nanti, memandangkan bekerja dalam studio boleh dikatakan tak kurang dr 4hrs utk hanya satu majalah.

Memandangkan saya ada beberapa jam shja lagi sebelum mula bekerja, saya pun tunaikanlah solat dhuha 2 rakaat di meeting room yg kecil berhadapan dengan toilet. Kemudian terus naik ke make up room utk dimake-up kan.

*Di make-up room.

Masuk-masuk je, beberapa make-up artists (MUA) *yg bapok2 mengacah saya,

"Eh, Athirah lagi. Setiap hari muka you babe! Masyuk Athirah skrg ni uols.." haha
saya pun senyum2, hai hai je la.. hehe.


Duduk je utk dimake-up kan, my MUA asked, " Athirah shooting utk Hijab(Hijabista) and Mingguan kan hrini..? Sy pun jwb, "Aah kak.."

Dia pun mula la make-up. Letak foundation sikit-sikit.

Sekali...,,,

MUA sy bersuara, " Eh kening ni cukur sikitla.. dh naik cabang-cabang ni.." sambil dah siap pegang shaver, tinggal la melekat je lagi kt muka sy ni..

Sy cepat-cepat menyambut, " Takpe kak.. xperlu cukur. Ok dah tu."

" Eh shooting dgn Hijab mana boleh serabah serabih kan..? nanti tak nampak cantik la.. Hijab kan picky sikit dgn model-model dia.." balas si MUA.

dalam hati sy berkata, " Hijab tak Hijab, kening ni kalau dicukur, free-free, pagi-pagi ni Allah dah melaknat. Jgn kate aku, kau pun sekali kena.. Nauzubillah. tlglah aku ya Allah."

Jadi saya pun gunakanlah kreativiti yg Allah beri, saya jawab secara general.
" Alaa kak..takpe..biarkan je.. Athirah ada target ni, nak dapatkan kening mcm Nora Danish tu, ala tebal-tebal gittuuu kening die..cantikkk!"

Kakak MUA saya ni pun gelak je. hehe. Sungguhpun orangnya free hair, Alhamdulillah orangnya baik. Dia menerima saya apa adanya.

Pada pandangan saya, orang sebegini, mereka tidak jahil. Cuma mereka kurang celik dalam beberapa perkara. Oleh itu sekiranya saya terus mencantas dia dengan menjawab berdasarkan ilmiah islamiyah, memberikan hadith beserta ayat AQ itu ini, kemungkinan besar dia sukar utk terima. Jadi, sebab itulah sy kena lebih 'bijak' utk deal dengan mereka ini, iaitu dengan cara menjawab dengan lebih kreatif. WIN-WIN Situation.

Apabila keserasian itu dapat dirasai melalui penerimaan beliau, kami pun berborak serba sdikit. Yelaaa, tak boleh lah borak banyak2, punah kang nanti dia make-up kan saya akibat tak fokus. hehe. Kami berborak dan Alhamdulillah sy sempat 'masuk jarum' sikit demi sedikit..

MUA: " Tu la.. nasib baik senang nak make-up you Athirah, kulit tak 'bom' sgt. Tak byk ragam..kening pun ok, takde sambung2 kt tgh. haha"

"Ohh Alhamdulillah.. Tu la kak, skrg sy pun tgh aim nak bg kening sy tebal-tebal skit. Lpstu, Cukur kening ni kurg bagus.., sebab nanti bleh mnyebabkan kulit kt kening ni terkoyak.. tak bagusla dalam kesihatan.." saya mula masuk jarum sikit2.. walaupun padahal entah betul ke tidak *fakta kesihatan* aku tu..hehe. hantam jelaaa..~

takpe, janji misi tercapai apa yg nak disampaikan seterusnya.

Saya menambah lagi, " Lagi satu kan kak, ni apa yg Athirah terbaca la.. Athirah pun baru je ni tau.. (pdhal dah lama tau), Tuhan marah dan laknat kita kalau cukur kening.. Org yg mncukur pun akan terkena sekali. Tak nak la kan.. pagi2 nak carik rezeki ni, awal2 Tuhan dh marah.. nanti tak pasal-pasal dh takde job.."

tunggu 2-4 saat, berdebar-debar hati saya menanti apa respon dan sambutan kakak MUA saya ni.

"Ohhhhh..yeke tira.. patutla last time akak make-up heliza helmi dgn yatt hamzah, diorg ckp jgn cukur.. ohh baru akak faham.."


YA ALLAH! ALHAMDULILLAH!
*berbunga-bunga hati saya. *fireworks! hehe
ingatkan bakal di tutttt* oleh kakak MUA ni.

MISSION ACCOMPLISHED. *krikk..krikk.. mesej diterima. haha
Alhamdulillah!

.........................................

sebab itulah antara salah satu resepi hidup ini, jangan nilai orang dr luarannya. Kalau Allah kata, YA! DIA PASTI TERIMA, terimalah dia walau secebis, sepotong ayat hadith/ alqur'an sekalipun. Kalau Allah kata, TIDAK, maka tidaklah. Malah, setiap orang dengan izin Allah juga boleh menjadi seorang daie'.

Jangan ingat hanya orang 'alim, bertudung labuh sahaja yang hatinya bisa menerima hakikat kebenaran. Org lain juga boleh dgn izin Allah. Hati itu milik Allah bukan?

"Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah." (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Alhamdulillah. Itulah kisah kening oh kening. Pada lumrah dan fitrah, tipula seorang wanita tak ingin kelihatan cantik. Saya juga ingin kelihatan cantik. Kelihatan cantik itu juga salah satu cabang nafsu. Tapi, saya fikir, biarlah dengan cara yg Allah redha. Tazkirah bertajuk NAFSU yg sy dengarkan awal-awal pagi pd hri tersebut berbunyi,

" Nafsu itu perlu. Ia tidak boleh dihapuskan ttpi perlu ditadbir urus."

Ibarat nasi kepada perut. Nasi itu perlu pada perut kita yg Malaysian ni, ia tidak boleh dihapuskan 'keinginan sesuap nasi itu', ttpi ia perlu diurus. Jangan makan berlebihan. Begitulah perumpamaannya.

Saya bukanlah setanding para ustazah di luar sana, tp cukup apa yg saya tahu, saya cuba beri tahu dalam apa situasi sekalipun. Manusia itu tidak lari dr kesilapan. Tetapi, bangkitlah dr terus jatuh tersilap. Allah lihat usaha kita. HE DOES COUNT IT!

Mohon doa kalian semua sahabat .





 WAHHH??? :D
Thursday, July 11, 2013




 Sebentar tadi, adik kecilku, Afiqah, 6 tahun.

Melulu masuk ke bilik athirah dgn serabai mabai rambutnya. Hehe. Lpstu, menarik ibu jari kaki athirah yg bru je nk masuk tidur ni ha, smbil dia berkata,

" Kak baby, jom sembahyang Adik x sembahyang lagi.."

Me: " Ha? Kak baby dh sembahyang isya' dh dlm studio td.. Adik tak smayang lagi eyhhh...?? Ha.. ha.. Aaayok.. Tatayok.. Nt Allah marah.." Smbil menakut nakutkan dia. Hihihi

Muka adik muncung seribu. Tanda marah sy usik dia.

"Yela yela ok la. kte sembahyang ye.. Kakak sembahyang lg skali dgn adik.. Cpt2 gi amek telekung.."

Dlm hati *mimpi ape anak kecil ni.. Tergelak sendiri.* Slalunye afiqah ni solat, tp kalau isya' tu msih x full time lg la.. slalu x lepas.. Agknya anak kecil ni ada inisiatifnya sndri. Alhamdulillah.

Jadi kita yg terdekat dgn mereka, jgn patahkan smngt mereka. Wpun kena solat dua kali. Kikikiki

Selamat malam.


Hai! :) Nama sy Afiqah, Ummi sy kate, klu nak jd Rapunzel yg cntik kne rajin solat! ^.^


2 comments:

  1. alololo comeyy sngat... ~~ fiqa jd repunzel, tyra jd snow white kite jd cinderella eyh hikhik... >.<
    *homaii berangan jer lebih..kehkeh

    selamat berpuasa buat keluarga kak ain~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha nak jugaaaakkk~ okla okla, ktorg mengalah la.. ktorg jd kakak tri je nt blh buli cinderella. haha. :D selamat berpuasa juga ye. minta maaf jika ade terkurang terlebih. hihi

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails