Sebelum bergerak lebih jauh, singgah sementara di Petronas Batu Caves. Athirah segera menuju ke dalam petronas tersebut sbb nak cheque deposit my modelling payment yg semalam punya. Sementara di sebelah athirah, ada seorang pakcik berbangsa India,sudah berumur, memakai baju batik berwarna biru, beratur menunggu gilirannya di machine ATM sebelah.
Athirah beratur. Belum sampai turn saya di machine cheque deposit, turn pakcik yg kt machine sebelah ni dh sampai dlu.
Dgn izin Allah, mata sy terlirik pd gerak geri pakcik ni. Mata sy ingin melihat dia di atm machine tersebut. Ditakdirkan juga, atm machine tu lebih tinggi skrin nya, so it means, sy dr blkg dia boleh nampak segalanya yg tertera di atm machine yg pakcik tu sdg gunakan.
Pakcik yg dh berumur ni masukkan kad. Dia memilih utk membuat withdrawal. Apa yg membuatkn hati sy terusik, pakcik yg dh berumur ni ingin mengeluarkan duitnya dlm jumlah hanya RM20.00
Apa yg lebih memilukan, usaha beliau nak withdraw those rm20.00 tu tak kesampaian.. Allahu Rabbi..
Athirah terus memerhati. Memerhati dan memerhati. Pakcik ni usaha lagi! Usaha lagi sekali dengan raut wajahnya yg mengharap. Masukkan kad, try to withdraw some money. Again, rm20. transaksinya tidak berjaya. Ya Allah.. hati saya sedih.
Akhir sekali, dengan raut wajahnya yg terkilan, sdikit kelihatan sedih di mukanya, dia berpaling dr atm machine smbil mengambil kad dia dan dia berlalu pergi. Dia menuju kpd sesuatu. Iaitu motorsikalnya yg kelihatan sgt lama.. Motorsikal yg turut juga berusia.. Allah...
Athirah termenung. Termenung seketika krn sedih melihat dia. Hati kuat berkata, pergi Athirah, pergi tnya kt pakcik tu.. entah2 dia nak pakai duit. tolong dia! mungkin dia nak isi minyak ke takde duit..
Ketika saya nak pergi, ketika itu pulalah turn saya sampai. Dan di blkg sy terdapat rmai org yg menunggu giliran mereka pula. So sy cube bergegas settle kan urusan. Tidak sampai dalam 7 minit selesai cheque deposit, sy toleh ke kanan melihat ke luar, pakcik tu dah takde..
Saya sgt menyesal! Sptutnye sy tinggalkan je urusan sy dan dapatkan pakcik tu dlu.. Saya turut terkilan krn sy x berjaya membantu.. T.T
Sjujurnya apabila melihat pakcik india tu, athirah terfkir..seandainya mak dan ayah sy berada di situasi pakcik tu.. Seandainya begitulah abah sy. Di belakang anak-anak, kita tak tahu apa kesusahan mak dan ayah kita.. Seandainya melihat mak dan ayah kita hanya mampu keluar duit sebanyak itu, saya rasa sebak.. Athirah sendiri kalau nak keluar duit utk kegunaan skurg2 nya mesti dalam 3 angka. Dalam desakan taraf kehidupan sekarang di Malaysia, di bandar, mashaAllah.. Tak boleh saya bayangkan.. seorang warga tua yg dh berumur.. dia mungkin kurang mampu sebagaimana apa yg kita ada dan nikmati sekarang ni.. Ya Allah..
Sama-samalah kita jaga mak dan ayah kita baik-baik ya. Jangan biarkan mereka susah. Jika mereka susah, sama-samalah kita turut merasai kesusahan. Jika mereka susah, gembirakan hati mereka, dengan itu mereka akan rasa senang. Jika mereka senang, berbaktilah, taatilah. Supaya dengan itu mereka akan rasa tenang dan tidak sia-sia dengan kesenangan yg diusahakan.
[Surah al-Isra' , ayat 23-24]
" Dan tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
Rasulullah SAW pernah berkata kpd sahabatnya;
" Kehinaanlah utknya, kehinaanlah untuknya, kehinaanlah utknya." Lantas mereka bertanya baginda, " Siapa yg engkau maksudkan itu ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Seorang yg mempunyai kedua-dua ibu bapa yg telah tua atau salah seorang daripadanya, namun ia tidak dapat masuk syurga (dgn berbakti kpd mereka)."
Jadi sahabat-sahabat saya, mulai esok, kita kena sama-sama azam ya, dalam sehari kita mesti memberi sesuatu. Tak kisahlah dr segi wang ringgit ke, pertolongan fizikal ke, apa-apa sekalipun, dalam sehari kita sama-sama cuba praktik utk memberi. Senyum dan memberi salam juga satu pemberian yg bermakna. Di bulan yg mulia, bykkn tolong mak dan ayah juga satu pemberian dr kita utk mereka!
Kalau kita tak mampu, cukup dengan titipan doa, juga satu pemberian yg sgt berharga!
Mana-mana kita pergi, belajarlah melihat, mendengar dan menafsir kehidupan sebaiknya supaya kita belajar erti berpijak di kehidupan yg sebenar. Erti kesyukuran, erti menghargai dan semestinya erti menilai diri sebagai hamba kpd yg Esa.
Tidak Allak jadikan apa yg ada pada diri kita, anggota badan kita, utk di sia-siakan. #noted2myself
p/s: teringat kat arwah abah. Alfatihah.
Jom! Kita ekspresikan rasa kasih dan cinta kpd kedua ibu bapa kita setiap hari! Setiap hari! :) |
Salam Athirah,sedihnya k.atie baca kisah 'pak cik' tu...Mmg klu trjadi kpd ayah kita..tak mampu nak dipikirkn..lggg sedeyyyy!
ReplyDeletesedey.. =(
ReplyDeletesampai pd hati,