Followers

Showing posts with label brothers. Show all posts
Showing posts with label brothers. Show all posts

Sunday, July 14, 2013

Bukan ULU KLANG la makcik! :D


Sheffield, UK. : Tiada hari seindah hari yg diredhai, tiada sapa seindah sapaan salam, Assalamualaikum semua. Selamat pagi. :)

 Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allah masih memberi peluang utk Tira hidup dengan sihat dan ceria pd hrini! Waaaah *Terharu. *Syukran ya Allah. Hihi ^.^

Ermm,,, taaapiiiiiiiii.., ada satu penyakit dalam diri ni sekarang ni. Haishh! My flight to UK, will be on this Monday. It means, tomorrrroowwwww! Aigoo aigoo aigooo 0.o .. Masalah terbesarnya, saya malas nak packing! Papppp! *Melempang2 diri sendiri.

Ya! Athirah malas! hahahhaa. But still, Alhamdulillah ketika diri sedang dibuai mimpi.., hahaha. My beloved ummi just barge into my room and she asked me first, 

"Baby dh kemas barang?" sambil sebelah matanya dikenyit tanda isyarat *klu dh, jomla teman ummi keluar* 

Dah faham dah! Dah faham dah tu! Isyarat tu! Hehehe. Wekkk! 

Athirah mula mengadu, kot la dpt bantuan barang dikemaskan ke kannn~ 
"Haihhhh mak...ohh  mak.. kenapeeee la malas sgt nak kemas barang ni.. *Grrrrr. Baby satu haprak pun baby tak kemas lagi mi.. Ermmm.." Muka ayam berak kapur. 

Ku ingatkan belaian kasih sayang dan *hulurkan tangan ringankan beban la kot dpt, hahaha. Yang dapat; 

Ummi: "Anak.. meh sini mak nak cakap, Ini balang (barang) arr.. kasi mau kemas. Kiteee ni nak pegi UK, *siap my ummi buat long pronounciation* Kite nak pegi uuuuuu keyyyyyy. BUKAN ULU KLANG LA MAKCIKKKKK! Dah dah, semangat skit! Kemas brg cpt.. " 

Hehehehehe. Terkena tamparannya. Terus ku akur dan rajin semula. Kikikiki :D

Haiyak! Watchak! Tunggang terbalik bilik sbb betul2 tgh packing barang. Ececece~ 

Lagi satu, berpuasa mana boleh malas-malas dan lemah semangat. Kannnn..??? Athirah kan..?? #talk2myself. 

Selamat sedang berpuasa semua! Semoga dalam berpuasa, selain dpt pertingkatkan amal ibadah, dapat juga perbanyakkan ilmu. InsyaAllah. Ayuh sama-sama!  :)

Twin lah sgttt! Wakaka







Saturday, July 13, 2013

JIKA DIA AYAHKU. T.T

Pada saat-saat getir dah nak terbang Isnin depan ni la, Allah menguji. Purse athirah hilang! Yg lawaknya akan diri ini, hilang dalam rumah dan sy tak ingat sy letak mana. Puas dicari merata tempat tonggang terbalik dah rumah. huhu. Habislaa.. ic athirah dah la dlm tu kan. So nak tak nak, kena la rajin-rajinkan diri pergi ke Putrajaya utk buat ic semula. *Sabar ye. Alhamdulillah.

Sebelum bergerak lebih jauh, singgah sementara di Petronas Batu Caves. Athirah segera menuju ke dalam petronas tersebut sbb nak cheque deposit my modelling payment yg semalam punya. Sementara di sebelah athirah, ada seorang pakcik berbangsa India,sudah berumur, memakai baju batik berwarna biru, beratur menunggu gilirannya di machine ATM sebelah.

Athirah beratur. Belum sampai turn saya di machine cheque deposit, turn pakcik yg kt machine sebelah ni dh sampai dlu.

Dgn izin Allah, mata sy terlirik pd gerak geri pakcik ni. Mata sy ingin melihat dia di atm machine tersebut. Ditakdirkan juga, atm machine tu lebih tinggi skrin nya, so it means, sy dr blkg dia boleh nampak segalanya yg tertera di atm machine yg pakcik tu sdg gunakan.

Pakcik yg dh berumur ni masukkan kad. Dia memilih utk membuat withdrawal. Apa yg membuatkn hati sy terusik, pakcik yg dh berumur ni ingin mengeluarkan duitnya dlm jumlah hanya RM20.00

Apa yg lebih memilukan, usaha beliau nak withdraw those rm20.00 tu tak kesampaian.. Allahu Rabbi..

Athirah terus memerhati. Memerhati dan memerhati. Pakcik ni usaha lagi! Usaha lagi sekali dengan raut wajahnya yg mengharap. Masukkan kad, try to withdraw some money. Again, rm20. transaksinya tidak berjaya. Ya Allah.. hati saya sedih.

Akhir sekali, dengan raut wajahnya yg terkilan, sdikit kelihatan sedih di mukanya, dia berpaling dr atm machine smbil mengambil kad dia dan dia berlalu pergi. Dia menuju kpd sesuatu. Iaitu motorsikalnya yg kelihatan sgt lama.. Motorsikal yg turut juga berusia.. Allah...

Athirah termenung. Termenung seketika krn sedih melihat dia. Hati kuat berkata, pergi Athirah, pergi tnya kt pakcik tu.. entah2 dia nak pakai duit. tolong dia! mungkin dia nak isi minyak ke takde duit..

Ketika saya nak pergi, ketika itu pulalah turn saya sampai. Dan di blkg sy terdapat rmai org yg menunggu giliran mereka pula. So sy cube bergegas settle kan urusan. Tidak sampai dalam 7 minit selesai cheque deposit, sy toleh ke kanan melihat ke luar, pakcik tu dah takde..

Saya sgt menyesal! Sptutnye sy tinggalkan je urusan sy dan dapatkan pakcik tu dlu.. Saya turut terkilan krn sy x berjaya membantu.. T.T


Sjujurnya apabila melihat pakcik india tu, athirah terfkir..seandainya mak dan ayah sy berada di situasi pakcik tu.. Seandainya begitulah abah sy. Di belakang anak-anak, kita tak tahu apa kesusahan mak dan ayah kita.. Seandainya melihat mak dan ayah kita hanya mampu keluar duit sebanyak itu, saya rasa sebak.. Athirah sendiri kalau nak keluar duit utk kegunaan skurg2 nya mesti dalam 3 angka. Dalam desakan taraf kehidupan sekarang di Malaysia, di bandar, mashaAllah.. Tak boleh saya bayangkan.. seorang warga tua yg dh berumur.. dia mungkin kurang mampu sebagaimana apa yg kita ada dan nikmati sekarang ni.. Ya Allah..

Sama-samalah kita jaga mak dan ayah kita baik-baik ya. Jangan biarkan mereka susah. Jika mereka susah, sama-samalah kita turut merasai kesusahan. Jika mereka susah, gembirakan hati mereka, dengan itu mereka akan rasa senang. Jika mereka senang, berbaktilah, taatilah. Supaya dengan itu mereka akan rasa tenang dan tidak sia-sia dengan kesenangan yg diusahakan.

[Surah al-Isra' , ayat 23-24]
" Dan tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Rasulullah SAW pernah berkata kpd sahabatnya;

" Kehinaanlah utknya, kehinaanlah untuknya, kehinaanlah utknya." Lantas mereka bertanya baginda, " Siapa yg engkau maksudkan itu ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Seorang yg mempunyai kedua-dua ibu bapa yg telah tua atau salah seorang daripadanya, namun ia tidak dapat masuk syurga (dgn berbakti kpd mereka)."

Jadi sahabat-sahabat saya, mulai esok, kita kena sama-sama azam ya, dalam sehari kita mesti memberi sesuatu. Tak kisahlah dr segi wang ringgit ke, pertolongan fizikal ke, apa-apa sekalipun, dalam sehari kita sama-sama cuba praktik utk memberi. Senyum dan memberi salam juga satu pemberian yg bermakna. Di bulan yg mulia, bykkn tolong mak dan ayah juga satu pemberian dr kita utk mereka!

Kalau kita tak mampu, cukup dengan titipan doa, juga satu pemberian yg sgt berharga!

Mana-mana kita pergi, belajarlah melihat, mendengar dan menafsir kehidupan sebaiknya supaya kita belajar erti berpijak di kehidupan yg sebenar. Erti kesyukuran, erti menghargai dan semestinya erti menilai diri sebagai hamba kpd yg Esa.

Tidak Allak jadikan apa yg ada pada diri kita, anggota badan kita, utk di sia-siakan. ‪#‎noted2myself‬

p/s: teringat kat arwah abah. Alfatihah.

Jom! Kita ekspresikan rasa kasih dan cinta kpd kedua ibu bapa kita setiap hari! Setiap hari! :)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails