Followers

Monday, April 28, 2014

Brain #2: Just Nobody

Khusus buat golongan wanita atau perempuan.

Apabila kita melihat wanita lain, kita melihat perempuan lain, lalu kita terus menilai apa keburukan zahir yang ada pada dia, AWAS! Kerana, sedarilah bahawa ketika itu pandangan hati kita mungkin tidak sihat.

Perbetulkan dengan segera.

Siapa kita hendak menilai orang?
Dan siapa pula kita nak kata, "Ohh dia bukan perempuan yg baik"? "Eishh apa ni free hair. Eishh apa ni stokin tak pakai. Eishh apa ni tudung pendek.." and so on.


وَعَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رضي الله عنه أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ لِعَلِيِّ رضي الله عنه ‏:‏ فَوَاللهِ لَأَنْ يَهْدِيَ اللهُ بِكَ رَجُلاً وَاحِداً خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ ‏‏(‏متفق عليه‏)‏
Daripada Sahl bin Sa’ad radhiyallahu ‘anhu, bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Ali radhiyallahu ‘anhu, “Demi Allah, sekiranya Allah memberi hidayah kepada seseorang melalui kamu, itu lebih baik bagimu daripada (kamu memiliki) unta merah." (Muttafaqun ‘alaih)


Berpijaklah di bumi yang nyata. Hidayah itu milik Allah semata-mata. Boleh jadi, esok lusa dia akan menjadi lebih baik dari kita.

Barulah nanti kau terduduk terngadah termalu sendiri.

Elakkan diri daripada merasakan diri kita dh cukup baik. Hati2.

Kalau ada sesekali 'ter'reaksi begitu, lekas-lekas istighfar. Check balik diri ni.

Buat mereka yang sudah berhijab, insyaAllah sudah berada dalam bi'ah (persekitaran) solehah, go blend in with other people (women) outside of your safe zone! Jangan limitkan kalau berkawan, hanya nak berkawan dengan tudung labuh-labuh je. Jangan limitkan, kalau nk berukhuwah, nak berukhuwah dengan yang berhijab-berhijab je. Tak sayang ke dengan mereka di luar 'zon selesa' kamu tu? They need you sisters! Lend a hand, and catch 'em, hold 'em with hearts and love.



How could you have a heart leaving this needy people alone?

Barulah sama-sama dapat melangkah maju ke depan. Sama-sama ke arah kebaikan. Kan indah begitu?


Terasa indah saling ingat-mengingati dalam ukhuwah.

Like what I have together with me now is my friend. She turns completely in hijab and she looked amazingly beautiful during our Yasmin Mogahed talk lastnight. I've witnessed her 'transformation' and now she proves the fact that yes, she's better than me! Anyone can be definitely better than you! And I'm totally proud of her. 

Beautiful woman, Bibi Fathina :)


Ingatlah, Hidup bukan sahaja bagaimana ia bermula, tetapi bagaimana pengakhirannya!

Stop judging. Who are we?

Nobody. Yes, just nobody.

Love you, sisters!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails